H A T I

semua lukisan hati
hati-hati ku untuk semua
ku sangka sehingga tiupan sangkakala
disini ku termenung
hari demi hari berlalu
hari-hari yang sama
tak sanggup ku terima
tapi ini hakikatnya
kelam
dalam ku selami
hati-hati manusia yang benci
ku mahu tiup
terbang
sekalipun inilah diriku
nak dan taknak pun
kau harus terima
ini kenyataannya!!
buruk jahat,baik,angkuh sekalipun
kau tunjukkan aku jalan yang lurus
biar semua orang lihat
berubah kah aku ditiup angin
dulu dan sekarang
kini dan selamanya
masa tetap brjalan
sedut lah nafas ku
hembuskan lah dengan perlahan
ciptakan lah aku penawar dari bisa yang begitu menyakitkan
kumpul lah hati
semuanya terbang tinggi
angin sepantas kilat membawanya pergi
jauhh
jauh yang tak dapat ku lihat
ku ingin bersamamu
keluargaku
kawanku
ke hadapan kita berjalan
lintasan dan cabaran
kita tetap berjalan
sakit,pahit
tetap berjalan
derita,suka,duka
kita tetap berjalan
pandang ke hadapan
penuh rintangan
biarlah
biarkan sahaja
janji berani genggam,genggam penuh tangan ,erat,padu
dan simpan
jangan cuba membinasakan pandangan
biarlah apa mulut2 berkata
pengata tetap mengata
langit hijau sekalipun
kita cuba lepaskan
lepaskan sengsara ,derita dari dibelenggu
syaitan-syaitan
yang penuh dengan dendam kesumat
kita cuba berdiri
sendiri
jangan cuba lari dari jalan sebenar
tempuhilah
jangan mengalah
kita adalah kita
lebih baik dari kita
hanya yang maha esa
biarlah
berderai air mata dan ketawa
curahkan saja derita
walaupun dengan kata-kata
biar ku rasa ,apa yang dia rasa
renunglah
singgahlah
biarlah serpihan sahaja
walaupun sedikit
tetap pahit

0 ulasan:
Catat Ulasan