menaiki tangga langit ke tujuh

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2016

Aku pendosa yang meniti jalan menuju tuhan.

Wahai alam maya,ku utus rindu dendam disebalik khayalan,
lupa ku ,ibarat dosa-dosa yang mengalir deras,
ingin ku sujud pada mu illahi, menahan rindu selama ini.

Tolong tunjukkan saya jalan cahaya,
sudah lama bernyawa,belum hadam utusan dari tuhan (al-quran)
kembalikan-lah  cebisan-cebisan harapan ku untuk menujumu tuhan.
Ampuni-lah dosa ku ,Taubatku pada mu tuhan,
Sesungguhnya engkaulah yang maha pengampun lagi maha mengasihani.


Andai ku diberi masa,inginku ubah semua,
kata,bahasa,jiwa,hanya dengan mengingati mu ya Allah
Segala harapan pada dunia ,hanya sementara
Hanya ada dia untuk mendengar harapan ku,
hanya dia yang maha mendengar lagi maha melihat.
Wahai tuhanku dari sudut hati yang paling dalam,

Sesungguhnya aku pendosa
yang meniti jalan menuju tuhan.








2015.

sudah lama tidak mengutus surat.
sudah kian malap dunia utusan maya.
tapi mengetuk jiwa ingin berbalas perasaan.

redhakan diri ini,banyak kehilangan.
tahun 2015 ,tahun pergorbanan.

semangat lah wahai jiwa.
bangunlah kekuatan ummah.
jangan pernah padam .
teruskan berdoa.

semoga tuhan mendengarnya.




aku mohon

malam. yang sedih.dari malam-malam yang lain
 sendiri.

dan menerima perpisahan itu.
takdir itu.

 mungkin tuhan mahu tunjukkan
 mungkin tuhan mahu ajarkan

hari raya eid dul adha
sendiri lagi

mungkin tuhan mahu memberi erti
pengorbanan.

mungkin tuhan mahu ku melepaskan semua perasaan,
ikatan,

mungkin tuhan mahu ku bersihkan
hati,jiwa dan perasaan

 aku rindukan arwah abangku
 diam dan hanya mendoakan

 dan
 menunggu panggilan dari tuhan
 menikmati takdir langit.

aku rindukannya. ya tuhan
aku rindukannya.

aku mohon dari sudut hati yang paling dalam
mohon agar doa sampai ke pintu langit.

mohon.

:-(

aku rindu!


hitam hitam
putih putih
kacau bilau di sebalik raksa mengalir deras
sejenak duduk termangu di hadapan awan biru.langit kuning!

melihat kereta melintasi jalan
kapal terbang menari di udara.
langit senja yang senyum mekar.

oh.
aku rindu sebenarnya
rindu mentaliti dulu.
riang yang sendu!
ketawa dihimpit senyum padu!

membawa bersama
erat tangan!
ujian , dugaan
hanya aku.
orang kecil!
tapi aku bahagia!

bahagia.
dengan apa yang ada.
aku pasti akan sampai ke sana!
dengan tekad.
semangat yang kuat.

kehidupan.
aku rindu.
jatuh bangun.hidup ini.

terima kasih tuhan.

sementara waktu masih ada

sudah lama tidak menulis tulisan elektronik...
saya sudah bangkit..sekian lama bertapa baru menghembus dan masih lihat sinar nan terang,walau bergelap setahun .masih bernyawa!masih segar!
kini ku bertapak di terengganu! mencari pengalaman menjiwai peranan..sudah 4 bulan

saya tetap teguh!
menunggu waktu
sementara waktu masih ada...
melihat matahari yang usang,gelap dari sinar yang terang dan kembali pada diri yang sebenar.Saya sudah jatuh,terbenam dengan kebodohan yang lalai.

--------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------
---
-----------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------
berikan saya cahaya yang terang,agar dapat penyuluh kehidupan yang tenang,..

hari-hari yang sunyi!

sunyi dan mendayuu,alam sekeliling seperti bisu,membuat kerja sehari-hari dan sama walau berkali.Saya mengenang nasib disini,tidak tahu ke mana harus pergi.Merasakan semakin bisu,merindui hari yang bermakna,jauh meninggalkan sesuatu yang bermakna,jauh tertinggal pesan sakti dari dia,sudah kembali menjalani aktiviti,norma masyarakat,

terus berjalan!berjalan tanpa sekatan.
meninggalkan kenangan walau jauh ketinggalan zaman
sudah jatuh ditimpa tangga....sudah berlalu dari zaman kematangan yang berbeza...
sudah luka berjahit semula,dulu emas kini saya lemas!berhempas pulas,menangani arus deras...tidak mahu lepas!


saya dihimpit batu konkrit,fikiran luas menjadi sempit,
hanya kerana pencakar langit!gah tinggi hingga ke langit!
saya hidup di ruang kosong....membelah tempurung,sudah cukup merakam masa terhimpit!tersepit!haluan terpesong....





siapa saya di sini!
haluan kiri!

malayneum