menaiki tangga langit ke tujuh

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SELANGKAH MENERJAH BUMI,SELAUTAN LUAS KU SELAMI

fuhh
keletihan disini
mengeluh sudah
berjalan ku berjalan ,singgah sebentar di tempat-tempat permainan syaitan
menerjah dan melihat apa yang patut ku beli
perut ku kosong
seperti tong tong kosong
mencari cari dan terus berjalan
aku mahu lupuskan sihir di mataku
penuh nafsu buas menghampiri
ku cuba lari
lari dari dikejar si makhluk jahat bertanduk dua
takkan ku mahu tunduk
ku tak nampak ,mereka disana
aduhh,memikirkan perutku ini
singgah juga ku di kedai kek?
berlatarkan merah
apakah ramuan untuk perutku sehingga kedai ini menjadi pilihan ku
tidak2 ,tolak tepi
jalan dan jalan
ku teringat pesanan
ingatan dan tauladan

seindah pari2 ku tak dapat gambarkan
gila kah aku sebelum bayangan
masih dapat berkata-kata
masih mulut mengata sesama kita
haruskah buat pilihan
susah untuk fahami isi kandungan
sebelum bertemu pengakhiran
salahkah aku sebelum ku dipersalahkan

selangkah menerjah bumi,selautan luas juga ku selami
robot berkerja
adakah seperti aku disini ,hanya mengeja
hafalan selangkah petak bermula
sebelum masa ,kini ku cuba
kotak hati?
adakah hati-hati bersatu
sudah beras belum dapat genggam semuanya
mahukan bintang pula digapainya
terang lagi ku suluh
sinaran merah sudah sampai
belum tiba ,berkunjung lagi
gelap mata bangkitlah tiba
mungkin sinar matahari

bangunlah
bangun sebelum mimpi berkelana
muncul lah sebelum masa menarik nyawa
senyumlah,mati tak kan singgah tiba

aku tergelincir di ruang kosong
berdimensi
tajamnya,oh panahan pisau
seram,derauan
darah ku beku seketika
sejuk panas dan hiba
suram
bercahaya lah
gelap kan muncul
sinar takkan kau jumpa
biarpun tembus ,bocornya kau takkan ketemu

selangkah menerjah bumi,selautan luas ku selami
hidup ini sementara
puaskan lah diri
berjimba lah siang malam
kau puas ku takkan menghadapkan soalan
kemudiannya kau kan bertemu
jawapan

...

0 ulasan:


malayneum