menaiki tangga langit ke tujuh

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

nasib

jiwa saya
tidak sekental dan sebisa mereka
muka jauh menyerong
dekat rapat pun dipandang serong
saya lihat muka dia ,saya rasa tenggelam
jauh sungguh perasaan,hati fikir sedalam-dalam
dia fikir saya penikam belakang!
hakikat dendam simpan terpendam!
untuk seketika,saya undurkan diri
biarpun dihina dan dicaci
niat saya murni!
belah lah jiwa dan hati
sukar untuk saya bohong!
tidak mengapa
nasib saya!

hampa!

aku kecewa dan aku seperti di angkasa,menerjah ke ruang hiba.Sudah sampai masa untuk berhubung,meniti di puncak derita,aku rindukannya!

sudahkah aku lengkapkannya,sudah melengkapinya,
aku hanya bertapak di tanah,tunjuk ke langit!

tersesak dalam lara

masih jauh ,jalan yang ku lalui,
pohon-pohon berguguran daunnya,jatuh ke bumi ku rasa hiba,
bagai daun2 layu,sudah pilu ku mahu isikan sepenuh kudrat ku
cuba lari dari detik cemas,sudah ku fikir ,ku sudah lemas,
ku sangka ianya hitam,sudah merasa ku fikir dan diam,
api yang marak ,tabur beribu kisah,
dunia yang moden,gadis pingitan kembali ke kota,
mencari mangsa,arah dan jalan tetapi seksa
ku rasa angin yang beralun,bagai ombak,raksasa berpengkalan di sana
markas jiwa ku kosong,sudah dibelenggu di lorong-lorong
gelap dan sempit,bangkit ku di sini,membawa hati dan semangat yang garang!
berlari-lari dari curang,ke kiri dan kanan penuh nafsu dan mata duitan
bukan aku tetapi budaya manusia yang lari dari jalan dan jawapan yang sebenar
seluruh tenaga ku serah segalanya!,jangan berfikiran sempit,mungkin kan berhembus pada mu jua!

sampaikan lah maksud saya...terbanglah biar damai disana

seringkali saya melihat burung,tinggi hingga ke langit biru.Saya menggengam niat yang luhur,biar setinggi pencakar langit!gah!
saya orang kecil,yang tidak mampu menduga kerana dugaan yang hebat melanda jiwa,saya serahkan angin,hembuskan biar menampar ke muka,sungguh dingin.
Niat saya padu,rapat,tidak sedikit pun goyah,walaupun saya tiba di suatu tempat yang tiada orang dan hanya saya.Saya dan diri saya,hanya dedaun gugur,pasir halus mendengus semburannya.

jiwa sungguh kosong,memikirkan bilakah saya akan dapat ke sana,untuk bersamanya,
saya sudah lupa dan fikiran saya agak cetek ketika ini.Namun saya menatap sepenuh nikmat,jauh sungguh bahagia dari diri saya,sungguh padat!

biarlah,terbanglah ke sana!biar damai disana

.

aku tidak dapat berkata!lidah kelu
sepenuh jiwa ku buntu,dari darjah 1 hingga tingkatan 1
dari semenanjung hingga ke tanjung!
aku seorang diri melepaskan rindu dendam ,hari-hari ku rasa keletihan...,memerah otak memikirkan kehidupan,ku hanya menunggu kata dari tuhan..,hingga terbit senja!kembali pada yang maha esa,

aku tidak menyesal,tidak pernah menyesal...,seringkali aku mengeluh..,hakikat ku disini,disini tuhan uji...,ku anggap semua ini rezeki..,
abang ku pernah berkata.."yaqin..pergilah belajar,jangan seperti aku..tidak pandai," pergilah"...aku simpan segala derita,segala seksa,ku korbankan diri!kini ku seorang diri!dia tiada disisi!..hingga ke akhir hayat "dia memanggil ku" tapi aku tiada disitu,dia menjerit memanggilku sekali lagi...,aku rasa dia tahu ku tiada ...tetap memanggil jua...kerna aku tahu ..dia kan pergi selamanya..

aku senyum walaupun pahit,ku tidak dapat melihat wajahnya,
jauh...jauh ..ku disini,aku buntu,aku minta maaf kepada dia,
aku tidak sehebat apa yang dia sangka,aku tidak pandai..
menghabiskan duit sahaja ku disini...
aku sungguh kecewa
aku tahu,aku kan pergi selamanya ..mungkin bukan hari ini...,mungkin suatu masa nanti
aku tak mahu melihat lagi..
biarlah aku pergi ...

aku sudah penat...
penat....
kerana kesilapan silamku..
mungkin ini tuhan balas kembali kepadaku
kenapa tidak aku yang pergi..
mungkin ramai yang gembira sekali..aku pasti...tiada guna ku disini...
dari kehidupan ke kehidupan..,aku tiada harapan..


.

selamat tinggal dunia sekali lagi,

selamat tinggal dunia,tetap ku ingati selamanya!ingati sepenuh masa!,jauhnya jarak diantara kita!,jauhnya masa meninggalkan kita!,tidak mengapa!biarlah,biarlah...tuhan yang tentukannya,tak layak untuk kita persoalkannya

selamat tinggal dunia ,
sekali lagi,

ku hembus kepadanya,
al fatihah.
itu sahaja yang mampu
walau sedikit,mungkin ianya penawar bisa,
ingin ku kesat airmatanya,biarpun berdarah luka.
ku cinta dia,hingga ke akhirat ,ku cuba.
kita ini tetamu senja,kan tiba masa,kembali kepada pencipta

terima kasih berikan ku kenangan,terima kasih berikan ku senyuman
terima kasih suruh ku pergi menuntut ilmu,
walau aku tak sehebat dimata dunia,
tak sebijak mereka
mungkin hati aku teringin untuk
menjadi adik yang mengikut kata abangnya
walau terakhir kali..walau hujung dunia sekalipun
biarlah kita berdua..biarlah suatu masa kan bertemu
mungkin aku banyak berdosa
tuhan tarik nyawa ku...nyawa ku yang ku sayang
mungkin aku yang patut pergi ...
sudah luntur fikiran ku
di dunia yang sementara
mungkin manusia tidak tahu
dunia kan berkakhir,tiada yang dapat memberi tahu...
hanya penentuan masa yang kan tentukannya
wang,harta,tanah..milik tuhan..segalanya milik yang maha esa...
kita tidak berhak keatasnya
tidak berhak membangga dengan kekayaan yang sementara....




.sekian.selamat malam ! selamat berjaya di alam semesta,!

mengapai bintang!

belajar!
melihat kawan-kawan siang malam tanpa had laju,berhati-hati!jangan buat masa cemburu!
vitamin!zat besi! perlu ditingkatkan dan bukan lemak!garam!dan asid!
namun saya tidak mampu! saya hanya pada gear 1!sudah ketinggalan!
berdiskusi!fokus! bermain-main dengan pertanyaan,!
jangan lihat pada ketebalan!lupakan!segera ,kosentrasi diperlukan!

bijak menghadapi !lupakan terus!jangan tinggalkan sepenuh resah!
bertenang,sembahyang,ingat tuhan agar dapat bantu,berikan kekuatan
dapat melawan ketakutan!

seterusnya saya disini
saya lapar,dahagakan sepenuh rasa ,
dahagakan ilmu!dahagakan kejayaan!
airmata kegembiraan ibu dan ayah
saya berusaha!berusaha!tingkatkan input!setinggi tinggi output
doa tidak lupa di dada!

teruskan
walau kecundang sekalipun
tidak juga cemerlang
tidak kan terus selamanya
resipi kejayaan di setiap gerak geri kita
bersederhana!berusaha!lakukan yang terbaik!doa!dan berserah pada tuhan
mungkin cemerlang ada rezeki disana!
mungkin kecundang bukan selamanya!

malayneum