menaiki tangga langit ke tujuh

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

selamat tinggal dunia sekali lagi,

selamat tinggal dunia,tetap ku ingati selamanya!ingati sepenuh masa!,jauhnya jarak diantara kita!,jauhnya masa meninggalkan kita!,tidak mengapa!biarlah,biarlah...tuhan yang tentukannya,tak layak untuk kita persoalkannya

selamat tinggal dunia ,
sekali lagi,

ku hembus kepadanya,
al fatihah.
itu sahaja yang mampu
walau sedikit,mungkin ianya penawar bisa,
ingin ku kesat airmatanya,biarpun berdarah luka.
ku cinta dia,hingga ke akhirat ,ku cuba.
kita ini tetamu senja,kan tiba masa,kembali kepada pencipta

terima kasih berikan ku kenangan,terima kasih berikan ku senyuman
terima kasih suruh ku pergi menuntut ilmu,
walau aku tak sehebat dimata dunia,
tak sebijak mereka
mungkin hati aku teringin untuk
menjadi adik yang mengikut kata abangnya
walau terakhir kali..walau hujung dunia sekalipun
biarlah kita berdua..biarlah suatu masa kan bertemu
mungkin aku banyak berdosa
tuhan tarik nyawa ku...nyawa ku yang ku sayang
mungkin aku yang patut pergi ...
sudah luntur fikiran ku
di dunia yang sementara
mungkin manusia tidak tahu
dunia kan berkakhir,tiada yang dapat memberi tahu...
hanya penentuan masa yang kan tentukannya
wang,harta,tanah..milik tuhan..segalanya milik yang maha esa...
kita tidak berhak keatasnya
tidak berhak membangga dengan kekayaan yang sementara....




.sekian.selamat malam ! selamat berjaya di alam semesta,!

0 ulasan:


malayneum