menaiki tangga langit ke tujuh

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sesat di kuala lumpur dosa pahala bercampur





SESAT DI KUALA LUMPUR

Sesat di Kuala Lumpur
Dosa dan pahala bercampur
Tapi kita perlu hidup
Kita perlu terus hidup

Terima kasih tuan dan nyonya
Doa selamat kami pohonkan
Pada Tuhan maha Kuasa
Tuhan Maha Kuasa

Mungkin kita kan temui
Kebahagiaan di Kuala Lumpur
Dan mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi kaya, dalam lumpur
Mungkin kita akan terpedaya
Mungkin kita akan terpedaya

Mungkin ada jalan di Kuala Lumpur
Jalan bahagia
Mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi alpa serta lupa
Mungkin kita akan terpedaya
Mungkin kita akan jadi kaya serta lupa
Dan mungkin kita lupa pada asalnya
Mungkin kita lupa pada asalnya
Mungkin kita lupa pada asalnya


-----------------------------------------------------

lirik ini saya sedut dari google
fuhh
dia membawa saya pada keramaian manusia-manusia yang bertapak di bumi ini
sesat di kuala lumpur
sesat juga saya di pulau pinang
teringat saya ketika saya bersorangan di dalam bilik dahulu
sunyi sepi dengan bunyi dan masa yang berlalu
saya menyanyi seorang diri tanpa diketahui
...melodi ini..

fuhh,pengalaman aku di kuala lumpur
pada Zaman yang penuh kekalutan dan keindahan yang tersendiri sekiranya kita pandai menceduk dan mengadun pengalaman hidup untuk menjadi sempadan yang amat berguna.
waktu sudah berbisik pada ku,pagi kian menjelma
terang rembulan tidak lagi memancar sinarnya

ku berjalan-jalan,terlihat di mata ku yang ketika itu sedang asyik dengan kegelapan,sinaran tidak lagi menyinggah kembali
keriuhan mereka melayan bunyian-bunyian keras
dengan fikiran yang tidak waras
memakai pakaian hanya paras-paras
semakin ramai syaitan-syaitan yang bekerja di sana
kian memujuk manusia-manusia yang alah dengan pujukan nafsu
terus menunduk mengikut kata,diam membisu

sesat aku mencari jalan,mahu bertanyakan manusia,tiada kepercayaan sepenuhnya ku rasa,namun ku teruskan jua sendiri ku rasa
dari akal fikiran dan mengikut firasat ku sendiri
cuba memainkan peranan,ditulusi dengan jalan...,
beberapa jam ku terus sesat mencari jalan pulang yang singkat
berjalan dan teruskan perjalanan
tiap yang ku lalu,jalan hanya sehala
tidak lagi dua hala
,kedai cina yang ku ketemu
dan seterusnya ku buntu
ku singgah di kedai makan,
minum sebentar,mengecas otak...lelap mata sebentar

dan ku lihat
kalau ku terpedaya di ruang kota cina
mungkin ku terpedaya dengan mereka yang gila kuasa
mungkin diri ini akan sebati dengan kimia-kimia jalanan
terima kasih atas saranan
teman-teman dan tauladan akan ku simpan

1 ulasan:

Mustknowmasnur berkata...

jgn d'lihat dr sudut pndangan negatif saja..

mereka b'kerja bkan sja utk mncari kekayaan tp utk menmpung kehidupan d'sebuah kota yg byk cbaran..

merka mmrlukan kuasa utk terus maju kedpan dan b'saing dgn org luar..

jgan d'lihat pada keburukan sja..
lihat pda kesusahan dan kepenatan mereka menerus'n kehidupan d'sebuah kota..

dosa yg d'lihat itu hye pd mereka yg lalai dn taksub pd keseronokan dn hiburan d'sebuah kota..

tp mereka yg mncari nafkhah dn t'pakse mnrus'n khdpn d'sebuah kota ini x hrus d'salah'n krn kota itu xkn hidup tnpa mereka..

dn jgn pula d'slah'n kota itu kerana ia hye sebuah kota yg d'duduki m'sia...

mungkin hari ni kuala lumpur begini rupa...
suatu hari nnt mungkin kampung halaman kita sndri juga begitu...

fikir2 kan..renung2 kn..


malayneum