menaiki tangga langit ke tujuh

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

masih kah aku begini

betul kata a samad said
kita ini tetamu senja
cukup masa,kita akan pulang kepada yang maha esa..
masih lagi terdengar di telinga ku
masih lagi mencari matlamat dan insan yang sehati sejiwa
dimana ada dia,disitu aku berada,dimana sakitnya,disitu sakitku
ku cuba renung ke awan..,mega berlabuh tirai nya,mencebilnya di penghujung dunia
sudah tiba masa ku kembali..,ke zaman silam
jatuh bangun ku sungguh suram,lelap mata,tidak mahu tidur ku jua
cuba melukis air mata,hati dan jiwa,seolah-olah penutup tirai dinihari jua
sayang seribu kali sayang
sayang masa pergi dan takkan datang
ohh
tuhan
detik masa pada awalan ku tidakkah muncul
masih berlabuh di tilam ku,baring dan lantas ku bangun,
membasuh muka
yang kelam ,suram di pagi hari
pejam celik,masa terlalu cetek,untukku terus memikul beban...
dimana bebasku,dimana jalanku untuk cuba merangkul pingat kemenangan hidupku
di dunia
angin yang bertiup padaku
berbisik,memainkan lagu yang begitu indah ..
serak basah ianya mengalun
sunyi ku hilang dengan aku menjadi asyik dengan minda yang sudah menyesali dengan kisah lama ku

oh tuhan,mengapakah aku bersalah pada ketika itu
setiap waktu dan masa sudah cemburu padaku
pokok,alam ,awan ,matahari,sudah mengejek padaku
mengatakan aku yang memandang tinggi,tak bertegur sapa ku dengannya

sayu dan sayu
aku berbisik pada hati
mungkinkah masa berganti masa
meringankan beban malap ku jua

laju lah laju
mengapa begitu cemburu
hilangkah definisi ku hari ini
tujuan tidak lagi sebagai petunjukku ke arah sinar merah yang terang
garisan merah semakin dihampiri
sebelum aku tiba dipenghujung hari..,bayu senja yang bertiup sekali lagi
terus membawa ku pergi,pergi dari hidup yang kosong sekali lagi
lelap ku di persada memori

salahkah aku berkata,satu persatu ,salahkah aku bernyawa,sedangkan aku tak mampu menahan rasa malu dan hiba
dengan semua yang telah terjadi,memandang pada matanya..,sungguh mendalam jiwa dan ragam dia..,aku dan diriku,sebati jiwa dan rohani ku sedikit mencampuri ,oh
kejutan budaya ku disini
..
menghabiskan pulus
tapi hakikatnya .untuk ku seorang diri
mafkan oh mafkan aku yang tidak dapat kenikmatan ,hidup bestari
akal bijak laksana,kaya sekaya qharun di dunia
oh
masih aku sendiri di sini
berpijak pada bumi yang ditakdirkan untukku
.,,

hargailah apa yang ada
sebelum dicerna dengan sesuatu yang tidak berguna
sebelum semua ditarik
oleh yang maha esa

jaga lah pinjaman dari tuhan
semoga berhati-hati dalam setiap langkah dan posisi

sebelum tanah digali untuk dirimu,satu dan persatu doa ditujukan
semoga selamat di sini,dan belum ketahui penilaian maha esa pada diri ini

0 ulasan:


malayneum