menaiki tangga langit ke tujuh

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MALAM YANG SEPI,TERUS SEPI,

biarlah sedih terus sedih,takkan ku ulangi kisah yang lama
biarlah ianya beku di lautan minda ku disana
biarlah dipisahkan langit dan bumi
ku takkan wujud di sini
biarlah sepi...ku menghilang kini

tak perlu diterangi ,disuluh laluan ku kini
biarlah jauh tetap jauh
ku teruskan jalan yang lurus
mungkinkah aku tulus dengan hati yang luas
sepenuh jiwa raga ku lepas
tiba masa ,kan terus tiba
biarlah bersama rasa sedih
dihina,dicaci,teruskanlah wahai penghina
tak perlulah gusar ,kini kau kan temu buku dengan ruas
bersamanya kau kan tewas

secebis kertas ku potretkan kisahku
penuh dakwat melekat
ketepian ku hampiri
sudut kecilku ku isi
penuh cita dan rasa ku genggam
penuh jiwa ,cerita ku selam

kenapa
ku ulangi
benda yang sama
cerita yang lama jadi temanku
ku cuba teruskan
tapi ku condong ke hadapan
masih ku tenggelam dengan masa depan
celupkan aku warna keputihan
biarlah minda ku suci
setiap kali ku fikir
biarlah ku cuci
memori sepenuhnya
harus ku teruskan semuanya tanpa kata dan dusta

mengapa otak ku kelaparan
dengan cita-cita dan harapan
di tangan ini saksi kejahilan
cukuplah aku begini
aku mahu tempuhi jalan yang bersih untukku
bukankah menunggu bulan jatuh ke riba
jangan ku sesat disana

lintang pukang ,gelora jiwa menghiris
perlahan-lahan ku tepis
jerangkap samar memerangkap ku dari dalam
dari pagi hingga ke petang
cukuplah
cukuplah

biarlah masa berjalan
ku terus ke hadapan
tak kan ku pandang kiri kanan
mahupun belakang dan depan
biarlah masa menentukan.

0 ulasan:


malayneum